Apa lelaki mahu ?




Sebagai seorang perempuan, aku faham bila in relationship tu memang adat la nak text, malam malam nak buat supersavers, nak sweet sweet kata orang. Aku pun ada pengalaman begini, dulu la, dulu k. Siap nak declare la, status relationship segala jadah tu. Tapi ada lelaki kata ini merimaskan. Ini mengongkong, katanya. Ini budak budak. Bosan dan jemu. Paling lama tahan pun dua tiga bulan pastu dia akan mula merungut kalau perempuan marah sebab Whatsapp dia tak dibalas. Masa tu aku fikir, dia ni tak rasa ke apa aku rasa? Rindu nak dengar suara, rindu nak text. Gitu lah. Lelaki macam gini akhirnya akan cakap mereka rimas dan serabut. Mereka akan mintak space.

Flashnews! Biasanya kalau lelaki ni cakap nak mintak space, chances are, dia nak mintak pakej sekali dengan break. Tak percaya? Kau tunggu, dua tiga minggu lepas tu kau tengok la, dia sakan dok kepit dengan perempuan lain.

Jadi lepas tu mungkin pencerahan tentang dunia akhirnya datang. Usia dah cecah 20-an, kau pun mula rasa, eh macam betul. Texting dan calling selalu ni macam buang masa juga. Masing-masing ada life, katanya. Masa ni mungkin kau pun dah jumpa lelaki lain, dan berdasarkan pengalaman dengan ex kau, maka kau buat konklusi, lelaki perlukan ruang. Lelaki mahu bebas, tak mahu terikat. Jadi apa yang kau buat seterusnya akan bertentangan dengan apa yang kau buat dengan ex.

Goodmorning and goodnight text? Ain't nobody got time for that! Selalu nya hanya texting, itu pun bukan kerap. Call hanya kalau ada hal mustahak atau ada cerita-cerita yang best. Mungkin ada rasa rindu, tapi sebab serik dulu ditinggalkan sebab jadi clingy punya pasal, kau biarkan aja. Kau tak mahu sejarah berulang. Bila kau tahu si dia tengah lepak, kau biarkan. Mahu tengok bola bersama homies? Kau bagi green light. Kalau dapat girlfriend jenis extreme sikit macam aku, siap tanya " Eh tak lepak ke malam ni? Pergi la keluar ke apa. Have fun! " Cool la kononnya.

Tapi lepas tu kau dituduh tak ambil berat. Lelaki ni kata kau tak ambil peduli pasal dia. Kau dilabel tak sensitif, tak ada perasaan. Kalau nak lagi teruk, ada yang kata kau ni ego tak bertempat, ada boyfriend tapi tak reti nak jaga. Buat hidup macam orang single. Free je kena maki. Padahal kau pun bingung. Bukankah lelaki mahu kebebasan? Mahu lepak dengan kawan, mahu keluar, tidak terikat. Tapi mahu girlfriend yang selalu text juga? Yang mengacau masa lepak juga? Yang merengek sepanjang masa juga? Pastu sekali lagi kau ditinggalkan dengan sebab yang bodoh.

Ada seorang lelaki ni pernah cakap kat aku, " Kalau I nak text, I text la. Kalau you bagi text, I akan reply bila I nak reply. I will call when I want to call. Okay? ". Dulu aku rasa boleh tahan bersalah juga, kononnya salah aku la kot. Tapi bila aku ingat balik ayat ni, aku rasa macam, eh boleh tahan celaka jugak mamat ni.

Like hekeleh, apa lagi lelaki mahu sebenarnya?


Benar kata destinasi cinta.

No comments:

Post a Comment