Sekeliling

Aku lihat sekeliling
aku perhati sana sini
sampai naik juling
dan terus memerhati .

di sana yang ngah dengan rupa masing masing,
di situ yang ngah dengan pakaian masing masing,
di hadapan yang ngah dengan peralatan masing masing,
dimana mereka yang ngah dengan sesuatu untuk sesuatu.


Beli macam macam
sampai habis duit
hanya untuk perhatian dan pujian
aku juga manusia
tersilap langkah
kadang benar , kadang salah.



kadang fikiran bicara;
kenapa perlu berhias lebih
ikut saja keselesaan dan menutup Aurat
mahu diperlihat oleh manusia yang sama di nilai Tuhan
Untuk apa???


Kau kolot,
Kau kampung ,
Kata mereka yang taklepas dari Gah-
perdulikan,
mereka penat' mereka berhenti.

Ingat Akhirat
Ingat Mati
Ingat Allah
sebelum melakukan sesuatu sesukahati.

Bersederhanalah dalam sesuatu untuk sesuatu.



No comments:

Post a Comment