MAAF -Jejaka

Ampunkan aku si mentah hingusan,
yang menagis rengek mohon di ampunkan,
daripada engkau yang punya badan,
kerana pergi tanpa pesanan.


Ampunkan aku si gemok benak,
yang tak bisa melonjak ,
meninjau takdir,
hanya bisa tutupkan sindir.


Ampunkan aku,
aku tak sengaja,
aku lakukan itu kerana maruah ,
Demi Tuhan.


Tapi aku takut ,
takut dikenakan semula ,
ya; macam orang cakap,
setiap perbuatan ada balasan.


Pecayalah daku,
ya; masih teringat kamu,
tapi ku tak bisa berdiri,
sambil berkepak tangan,
kerana ku masih punya maruah,
dan Tuhan.




Hari nanti,
jika ada masa yang tepat,
in shaa Allah kita bertemu,
walaupun masa yang singkat.


jangan terasa,
aku pergi bukan kerana apa ,
cuma nak berubah,
taknak langgar sesuatu yang tuhan tak suka.


Ampunkan aku berdiam diri dan lenyap,
bukan mintak dicari,
tapi saja nak senyap ,
berdiri sendiri untuk sesuatu,
tanpa sesuatu,
kerana sesuatu.


Ampun kan aku jejaka manis,
Ampun kan aku jejaka gagah,

Aku pergi tanpa pesan
Aku pergi tanpa berita
Moga nanti kita jumpa
Masih senyum tanpa Luka
Moga nanti kita jumpa
masing masing punya cinta
Moga nanti kita jumpa
Segalanya berubah.

No comments:

Post a Comment