Hati hati untuk hati

Manusia punya hati ,
yang hatinya kecil sekali ,
usah kau sakiti ,
ia boleh rimas bawa mati.


Wahai insan ,
aku nak pesan ,
sudah lah berhenti tempiaskan,
emosimu yang tertekan.


Sakit kau tak faham ,
ya, benar semua orang rasa,
tapi tak sama ,
kau kena faham.


Tutup mulut ,
jika ia cuma kata kata sakit ,
tutup mata leret
jika ia cuma pandangan perit.


Sayangku ,
dengarkan aku ,
aku yang tak habis menagis ,
kerana sesuatu .


Sesuatu yang buat aku pilu ,
pilu hingga tak tahu kemana nak tuju ,
apa semua ini ujian ,
atau balasan.


Sayangku,
aku harap kau terus tabah ,
tabah mengharugi ujian ,
yang diturunkan Illahi .



Hati ,
jangan kau tangisi,
usah kau pendam ,
usah kau ingat .


Itu semua cuma buat kau benak dan jatuh ,
Jatuh tak tentu hala ,
yang akan buat kau merana ,
Bangun, Fikir apa yang perlu dilakukan.
Bangun !!!!!


Hati, aku hormatimu,
Kerana tetap bangkit ,
walaupun sentiasa sakit,
sakit dengan kata dan sikap manusia .


Jiwa jangan kau jatuh ,
sekali kau jatuh ,
kau akan bangkit ,
bangkit dengan penuh sakit .



Diri , jangan kau merana sendiri .
ada hari , kau akan menikmati .
yang tuhan beri ,
semuanya sempurna.


Airmata, terima kasih.
Sering menjadi sahabatku
untuk sejuk kan hati yang pilu


Air mata, terima kasih.
Sering mengerti aku,
yang sentiasa redhakan perasaanku.


Air mata, terima kasih.
Sering mengikut ku,
merubahkan sesuatu yang ke lebih baik .


Air mata, mohon jangan selalu jatuh .
takut kau buta mata dan hilang perasaan.


Sayangku sekalian,
Allah ada,
biar dunia ,
berkata seperti tiada kiamat,
yang penting kita ingat ,
bahawa mati itu pasti .



Duka, jangan kau datang!
aku merayu ,
kau buat aku pilu ,
mengigil dan benak.

Bahagia, datanglah padaku ,
jangan kau merajuk ,
sampai menyorok ke tempatku taktahu,
datanglah padaku yang penuh luka dan benak.


Bahagia, sini . Lapkan air mata yang selalu berderai luka.
Bahagia, sini . Hapuskan pilu dalam diri .
Bahagia, sini.  Hiburkan aku yang taktahu mana nak dituju.
Bahagia , Mohon. dengar teriak ku di dalam diri selama ini .


AKU MEMERLUKANMU DAN MERINDUKANMU.

Terima kasih tangan dan kaki,
sentiasa tangkas untuk menolak sesuatu ,
dan menerima sesuatu ,
sesuatu yang elok belaka, Insyallah.


Tubuh terima kasih -


Terima Kasih Ya Allah atas segalanya. sesungguhnya kau Maha Esa dan Berkuasa .









No comments:

Post a Comment